MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Bukit Piatu di sini mendakwa, hidupnya trauma selepas menjadi mangsa ejekan dan ugutan rakan sekelas hanya kerana enggan menyerahkan wang. Lebih mengejutkan, aduan ibunya yang dibawa dalam mesyuarat bersama pengurusan sekolah pada 3 Julai lalu turut dinafikan pihak sekolah, meskipun insiden itu dikatakan berlarutan sejak Mei lalu. Menurut sumber, mangsa berusia 16 tahun itu mula dibuli ketika tinggal di asrama…