KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah akan berjalan lancar berbanding sebelumnya selepas mengalami beberapa kelewatan akibat kelonggaran tatakelola pemberian kontrak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah mengambil tindakan lebih tegas dan berani dengan menamatkan kontrak syarikat yang sebelum ini gagal menyiapkan fasa kerja seperti ditetapkan. Katanya, ia termasuk syarikat yang sudah diberi penyambungan kontrak sebanyak dua atau tiga kali namun tetap…