Kolej Tingkatan Enam di Kelantan mula operasi tahun depan - Utusan Malaysia

Kolej Tingkatan Enam di Kelantan mula operasi tahun depan

FADHLINA Sidek semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kolej Tingkatan Enam pertama di negeri ini yang dalam proses pembinaan dijangka akan beroperasi pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan lawatan tapak di Machang dekat sini beliau berharap projek itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya sudah melihat projek pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Machang itu. Insya-Allah kolej berkenaan akan dapat beroperasi pada tahun depan.

“Anak-anak akan dapat masuk ke kolej tersebut sekali gus mendapat pusat pengajian bagi pelajar tingkatan enam yang lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 18 April 2022 lalu melaporkan, KPM akan membina sebuah kolej khusus untuk penuntut tingkatan enam di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini sekali gus menjadi yang pertama di negeri ini.

Kolej tersebut akan dilengkapi 20 bilik darjah serta kemudahan lain dan dibina di lokasi strategik iaitu di laluan utama Kota Bharu – Gua Musang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN