KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 21 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang peniaga kosmetik, Abdul Rahman Mohamad Hussain yang berdepan pertuduhan mengedar lebih satu kilogram dadah. Keputusan dibuat Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak selepas dimaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu serahan laporan kimia untuk kes berkenaan. Sebelum ini, kes itu ditetapkan hari ini bagi mendengar keputusan laporan kimia namun terpaksa memohon satu tarikh baharu berikutan…