Kerja baik pulih SK Seri Perlis dilaksanakan segera

Kerja baik pulih SK Seri Perlis dilaksanakan segera

RIBUT yang melanda mengakibatkan sebahagian bumbung SK Seri Perlis tercabut dan diterbangkan angin kencang dalam kejadian di Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerja baik pulih akan dilaksanakan segera di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di sini yang terjejas akibat ribut semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau telah menerima laporan berhubung kerosakan SK Seri Perlis yang menjejaskan bahagian bumbung beberapa bangunan menempatkan bilik darjah dan kemudahan lain serta sistem pendawaian elektrik. 

“Kerja-kerja pembersihan tersebut sedang berjalan dan akan diselesaikan selewat-lewatnya esok bergantung kepada keadaan cuaca. 

“Saya beri jaminan kerja baik pulih dengan kos bernilai RM370,000 akan dimulakan segera demi manfaat murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, ribut yang melanda mengakibatkan sebahagian bumbung SK Seri Perlis di sini tercabut dan diterbangkan angin kencang.

Ekoran itu, sebanyak 207 murid tersebut terpaksa mengikut sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat sementara waktu.

Kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan memandangkan guru dan murid tidak berada di sekolah pada masa itu.

Kejadian itu turut menjejaskan 10 kelas membabitkan murid tahun satu, dua, prasekolah dan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN