PETALING JAYA: Penggunaan rotan kepada semua guru perlu dikembalikan sebagai langkah mendisiplinkan pelajar sekaligus mengelakkan kes buli di sekolah. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd. Ridzwan yang sering berhadapan dengan pesakit berkaitan buli berkata, penggunaan rotan adalah instrumen paling ampuh bagi menimbulkan rasa takut kepada pelajar. “Kembalikan rotan ke tangan guru semula. Ia bukanlah bertujuan merotan semata-mata tetapi menakutkan atau menggerunkan para pelajar apabila buat salah. …