Kematian Zara Qairina: KPM jamin tiada individu terlepas, dilindungi

Kematian Zara Qairina: KPM jamin tiada individu terlepas, dilindungi

FADHLINA Sidek (tengah) semasa menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada individu yang akan terlepas atau dilindungi berhubung kematian Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah yang dikaitkan dengan dakwaan kes buli pada 16 Julai lalu.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata,, tindakan susulan akan terus diambil sebagai sahaja menerima laporan penuh daripada pihak polis berhubung kes tersebut.

“Kes ini tidak boleh dilengahkan. Saya ingin tegaskan bahawa tiada siapa yang akan terlepas dan dilindungi dalam siasatan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Allahyarham Zara Qairina merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.

Polis sudah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan.

Ibu mangsa, Noraidah Lamat iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri menerusi satu kenyataan memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula dengan kadar segera bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian remaja itu.

Tindakan itu bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN