PETALING JAYA: Kecewa dan tertekan dengan layanan diterima semasa belajar dan tinggal di negara ini dipercayai punca seorang wanita yang disyaki memandu secara berbahaya sebelum menyerang orang awam dengan pisau di Kajang, dekat sini semalam. Dalam kejadian pada 11.58 pagi itu, enam individu cedera diserang wanita berusia 24 tahun berkenaan secara tiba-tiba. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati motif wanita berusia 24 tahun…










