‘Kami pecah rekod’ - Hot FM bersiaran 90 minit dalam laut - Utusan Malaysia

‘Kami pecah rekod’ – Hot FM bersiaran 90 minit dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM, mencipta sejarah apabila melakukan siaran langsung di dasar laut dengan kedalaman 10 meter di Pulau Bidong, Terengganu pada Jumaat. 

Menerusi kempen Bekpes Hot Scuba yang disertai penyampai radio Khairy Jamaluddin, Johan, AG dan Fara Fauzana, mereka berjaya mendapat pengiktirafan Asean Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities (Siaran Langsung Radio Bawah Air Terbuka Pertama dan Terjauh di Lautan Terbuka oleh Personaliti Radio)

Menurut AG atau Muhammad Azmir Selamat, 44, pengalaman ini merupakan memori yang sangat menyeronokkan dan bersyukur kerana berjaya melakar kejayaan itu berkat sokongan semua.

“Ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan. Di kesempatan ini saya nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang doakan dan ambil berat. Kami rasa terharu. Berkat sokongan semua kami berjaya,” katanya.

Sijil pengiktirafan Asean Records telah disampaikan Eldrick Koh, Pengarah Eksekutif ASEAN Records, kepada wakil  Bekpes Hot iaitu Shah Hayatudin, Pengarah Rangkaian Kumpulan, Media Prima Audio, sebagai simbol kejayaan membanggakan ini.

Dalam pada itu, kejayaan penyampai radio itu turut dibantu penyelam skuba profesional yang dibantu Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sebelum ini semua penyampai giat melakukan sesi latihan intensif dengan jurulatih sebelum ‘turun’ hari ini.

Terdahulu, Hot FM juga menerima pengiktirafan MBOR di bawah kategori melakukan Siaran Radio Terpanjang dan Tanpa Henti di Gunung Kinabalu.

Stesen terbabit melakar sejarah apabila bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu pada November tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN