KADA perkasa infrastruktur bagi tanam padi lima musim

KADA perkasa infrastruktur bagi tanam padi lima musim

KHALID Abdul Samad (tiga dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik Peluncuran Bulan Kemerdekaan Peringkat KADA di Ibu Pejabat KADA, Lundang, Kota Bharu, Kelantan semalam. - UTUSAN/ROSMIZAM RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memilih memberi tumpuan penuh terhadap pembangunan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan sedia ada sebelum melangkah ke fasa penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, kejayaan penanaman dua musim setahun yang sedang dilaksanakan ketika ini perlu dijadikan asas kukuh sebelum negara bercita-cita meningkatkan bilangan musim penanaman.

Katanya, masih terdapat banyak kekangan infrastruktur yang perlu diperbaiki terutama dalam menghadapi musim banjir dan kemarau.

“Justeru, tumpuan utama kini adalah memastikan dua musim penanaman setahun dapat dilaksanakan dengan jayanya sebelum menambah jumlah musim.

“Biar kita memantapkan sistem pengairan dan infrastruktur terlebih dahulu. Apabila semuanya baik dan mantap, barulah kita boleh mempertimbang pelaksanaan lima musim dalam dua tahun atau tiga musim setahun,” katanya selepas Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan Peringkat KADA di Ibu Pejabat KADA, Lundang, di sini, semalam.

Khalid berkata, cadangan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun adalah matlamat jangka panjang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Katanya, perkara itu juga menjadi sebahagian daripada perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memperkukuh sektor padi negara.

Sementara itu, Khalid berkata, cadangan KADA untuk memperkenal jenama sendiri bagi beras keluaran Kelantan masih di peringkat perbincangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN