JOHOR BAHRU: Johor sedang mengalami fasa transformasi menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa melalui pelbagai pelan pembangunan yang telah dan sedang dirancang ketika ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, rakyat negeri ini perlu bersedia dengan mengambil peluang yang tersedia, khususnya melalui inisiatif ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Katanya, pihaknya yakin Johor akan berkembang jauh lebih baik berbanding negeri-negeri lain di negara ini. “Ini bukan kata-kata angkuh, tetapi adalah…