Jack Tan timang cahaya mata Disember ini - Utusan Malaysia

Jack Tan timang cahaya mata Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Jack Tan, mengesahkan bakal menimang cahaya mata Disember ini.

Menurutnya, dia teruja menantikan kelahiran anak pertamanya itu dan giat membuat persiapan untuk bergelar ayah.

“Saya sangat teruja dan kini mula belajar cara untuk menjadi seorang bapa kerana ini pengalaman pertama saya.

“Banyak ilmu keibubapaan yang boleh dimanfaatkan daripada YouTube dan saya juga ada bertanya doktor mengenainya,” katanya.

Jack berkongsi khabar gembira itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama pendek, Senyuman keluaran McDonald’s Malaysia, semalam.

Dalam masa sama, pelakon filem Abang Adik itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai jantina anaknya sebaliknya berharap bayi tersebut dilahirkan sihat.

“Saya tidak kisah pasal jantina. Yang penting bayi itu sihat. Kelengkapan untuk keperluan bayi pun sudah disediakan sedikit demi sedikit.

“Ada juga pihak yang sudah memberikan hadiah dan menaja kami barangan keperluan bayi,” jelasnya.

Meskipun tidak kerap berkongsi mengenai kisah peribadi kepada umum, pelakon yang kini giat mencipta nama di peringkat antarabangsa itu mengakui dirinya mahu menjalani kehidupan normal seperti orang biasa.

“Meskipun saya mungkin sudah dikenali di luar negara, tetapi saya juga manusia biasa kerana saya bukannya bintang terkenal seperti sesetengah selebriti.

“Jadi, ada masa saya mahu juga berkongsi sebahagian dari kehidupan saya kepada umum terutamanya peminat. Namun, bukanlah semua perkara saya akan kongsikan kerana saya juga jarang bermain media sosial,” ujarnya.

Untuk info, Jack Tan dan Hoon Mei Sim berkahwin pada Disember 2021.

Pelakon ini bergandingan dengan Nabila Razali dan Jian Wei menerusi drama Senyuman yang akan ditayangkan dalam seluruh platform media sosial McDonald’s Malaysia termasuk YouTube bermula 7 Ogos ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN