TUMPAT: Kejadian letupan bom di Selatan Thailand tidak mendatangkan kesan kepada rakyat Malaysia yang tetap mengunjungi negara Gajah Putih itu sebagai destinasi percutian. Tinjauan Utusan Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini semalam mendapati, pintu sempadan itu dibanjiri kenderaan rakyat Malaysia. Tinjauan juga mendapati, berlaku kesesakan lalu lintas hampir 700 meter apabila kenderaan beratur menunggu giliran untuk menaiki feri menyeberangi Sungai Golok dari jeti…










