Hubungan dengan suami masih baik, tidak bermusuh - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Hubungan dengan suami masih baik, tidak bermusuh – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Kami tidak bermusuh.”

Demikian komen penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, mengenai status hubungannnya dengan suami, Dr. Rushdi Ramli.

Kata Nora, ikatan mereka kekal baik dan saling bertanya khabar meskipun keduanya jarang berjumpa.

“Hubungan kami seperti biasa. Cuma kami sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

“Temankan dia taklah sangat. Tapi bertanya khabar itu adalah. Saya ini pun jarang berada di rumah sebab terlalu sibuk.

“Tapi saya masih pulang dan jenguk rumah. Kami pun masih suami isteri,” katanya yang tiba ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi prosiding kes perceraiannya sekitar pukul 9 pagi tadi.

Nora hadir ke mahkamah ditemani kakak angkatnya Rafeah Ariffin.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut berharap proses laporan JKP pagi ini berjalan baik.

“Saya serah kepada mahkamah untuk buat keputusan,” kongsinya.

Nora sekitar Ogos tahun lepas diceraikan Dr Rushdi menerusi sebuah video.

Mereka bagaimanapun kembali rujuk selepas sebulan mengumumkan penceraian tersebut.

Kemelut rumah tangga penyanyi itu memasuki episod baharu apabila Nora memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Mac tahun ini.

Ibu empat cahaya mata itu memaklumkan keputusan berkenaan diambil demi memenuhi permintaan isteri pertama Dr Rushdi, Ustazah Rose Aliza Sutrisno selain desakan pihak ketiga.

Terdahulu, Nora sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul itu pada hujung 2021.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Allahyarham Johan Nawawi pada 1992.

Mereka dikurniakan empat anak iaitu Putri Nor Dahlia, Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif dan Putri Nor Fathehah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN