Hospital Segamat tidak terjejas gempa bumi

Hospital Segamat tidak terjejas gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Hospital Segamat beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan ekoran daerah ini mengalami gegaran gempa bumi semalam. 

Pengarah Hospital Segamat, Dr. Faidzal Adlee Abdul Ghafar berkata, hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati keadaan hospital adalah selamat dan tiada sebarang kerosakan yang menjejaskan keselamatan mahupun perkhidmatan rawatan. 

“Pihak hospital memaklumkan bahawa berikutan gegaran gempa bumi dirasai sekitar Segamat pada awal pagi Ahad, kami telah mengambil langkah segera dengan menjalankan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh di seluruh bangunan dan fasiliti hospital.

“Pemantauan berterusan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa. Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan bahawa keselamatan, kesejahteraan serta keselesaan orang awam sentiasa menjadi keutamaan kami,”katanya ketika dihubungi hari ini. 

Semalam, warga Segamat digemparkan dengan gegaran gempa bumi buat pertama kalinya pada pukul 6.13 pagi bermagnitud 4.1 skala Richter dan disusuli satu lagi gegaran pada pukul 9 pagi semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa telah melakukan pemantauan dari masa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN