PUTRAJAYA: Deruman enjin jet menggamatkan ruang udara Dataran Putrajaya pagi ini apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengetuai pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025. Aksi paling mencuri tumpuan ialah kemunculan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, yang mengemudi sendiri pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM bercorak Jalur Gemilang. Kehadirannya di kokpit disambut tepukan gemuruh penonton, simbol kepimpinan dan semangat patriotisme warga TUDM. Pertunjukan udara itu menampilkan enam pesawat…