Hari Kebangsaan 2025: Pengangkutan awam jadi tumpuan pengunjung

Hari Kebangsaan 2025: Pengangkutan awam jadi tumpuan pengunjung

KEMUDAHAN pengangkutan awam menjadi pilihan utama para pengunjung bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang diadakan di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemudahan pengangkutan awam menjadi pilihan utama para pengunjung bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang diadakan di Dataran Putrajaya, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai mula berpusu-pusu memasuki Putrajaya terutama menggunakan perkhidmatan rel Transit Aliran Massa (MRT) sejak malam tadi.

Pasukan petugas Rapid KL dilihat mengawal pergerakan bagi membolehkan pengguna dapat menaiki bas perantara secara teratur.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, semua perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan Monorel serta Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan beroperasi 24 jam selama dua hari iaitu pada semalam dan hari ini.

Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas di laluan terpilih menerusi Rapid KL On-Demand (ROD) dengan sebanyak 96 bas perantara percuma disedikan untuk ke Dataran Putrajaya yang menjadi lokasi utama sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan dilaporkan berkata, inisiatif itu dibuat susulan kejayaan operasi 24 jam yang pertama kali diperkenalkan pada tahun lalu.

Bagi perkhidmatan bas, sebanyak 86 laluan membabitkan 235 buah bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka.

Jumlah laluan bas ditingkatkan kepada 100 laluan dengan 308 buah bas, manakala sebanyak enam  zon Rapid KL On-Demand(ROD) dengan 20 buah van disediakan untuk kemudahan pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN