KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memartabatkan Hak-Hak Petani Selaras dengan Artikel 9, Perjanjian Antarabangsa Mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian (ITPGRFA) bagi menyelesaikan enam isu yang didakwa kritikal. Sekumpulan wakil petani, pesawah, pengguna serta pertubuhan masyarakat sivil menyatakan kebimbangan dengan hala tuju dasar pertanian negara yang dilihat semakin meminggirkan peranan dan hak-hak petani kecil dan hak-hak asasi individu. Justeru, mereka menggesa kerajaan memartabatkan ITPGRFA. “Malaysia merupakan salah sebuah negara yang…