KUANTAN: Seorang guru tarian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lalu. Lee Teck Keong, 57, didakwa melakukan perbuatan itu dalam kelas tarian yang dikelolanya di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira pukul 3 petang pada 26 Julai lalu. Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak…