Gigih belajar biarpun OKU

Gigih belajar biarpun OKU

MUHAMMAD Alif Hakim Sulaiman menunjukkan kad OKU dimilikinya akibat kemalangan motosikal di jalan persisiran pantai Klebang tahun lepas. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akibat kemalangan mo­tosikal di Jalan Persisiran Pantai Klebang di sini pada Februari 2024, seorang pelajar Politeknik Melaka terpaksa menjalani hidup sebagai orang kurang upaya (OKU), namun tragedi itu tidak memadamkan semangatnya mengejar cita-cita.

Muhammad Alif Hakim Sulaiman, 20, mengalami kecacatan fizikal dan hilang pende­ngaran telinga kiri selepas koma selama 10 hari serta menjalani tiga pembedahan akibat pendarahan otak.

Dia juga terlantar selama enam bulan di katil hospital dan melalui proses pemulihan lebih setahun.

Ketika kejadian, Muhammad Alif Hakim merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester dua, namun memutuskan untuk tidak menyam­bung kursus itu, sebaliknya memilih mendaftar semula sebagai pelajar baharu bagi sesi 1/2025 bermula Ahad lalu.

“Mulanya sukar terima ke­nya­taan, saya rasa masa depan gelap. Tapi berkat doa dan sokongan keluarga serta rakan-rakan, saya sedar musibah ini bukan penamat. Saya mahu buktikan kekurangan ini bukan penghalang kejayaan,” katanya ketika ditemui di Politeknik Melaka.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu berkata, ba­nyak perkara tidak lagi diingatinya selepas nahas dan kerana itu dia memilih memulakan pengajian dari awal.

“Saya nak teruskan pengajian hingga ke peringkat ter­tinggi. Saya mahu balas jasa ibu bapa yang menjaga saya ketika terlantar,” katanya.

Muhammad Alif Hakim kini lebih bersemangat, menghargai peluang kedua yang diberikan dan tekad menjalani kehidupan seperti biasa walaupun bergelar OKU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN