PASIR MAS: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan menyeludup 207 kilogram ganja mampat bernilai RM641,700 di kawasan Sungai Golok, di sini, semalam. Jurucakap Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia ketika dihubungi berkata, kegiatan penyeludupan itu berlaku pada pukul 12.45 tengah hari. Katanya, ketika itu, pasukan rondaan di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia terserempak dengan empat lelaki yang sedang memindahkan barang dari sebuah bot ke tebing sungai di sebelah Malaysia.…