‘Gambar kita, dia yang tersakiti lebih’ - Utusan Malaysia

‘Gambar kita, dia yang tersakiti lebih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Nak sunting muka jadi bujur ke, tiga segi ke, macam alien ke, ‘filter’ 10 inci suka hati la. Janji kita tak kacau orang.”

Demikian respons pelakon, Datin Intan Najuwa yang berang terhadap segelintir netizen yang mendakwa dirinya menyunting foto bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan aplikasi ‘faceapp’.

Menerusi platform Threads, Intan yang lantang menyelar dakwaan netizen menyifatkan tindakan individu itu keterlaluan kerana sanggup ‘zoom’ gambarnya demi mencari cela.

“Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Korang ini memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup. Gambar kita, dia yang tersakiti lebih,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Jesnita itu menegaskan sama ada dirinya menyunting ataupun tidak gambar tersebut, perkara itu sedikit sebanyak membantu dirinya kekal yakin untuk berkongsi momen yang akan kekal terpahal selamanya.

“Kita semua mahu nampak cantik dalam gambar sebab itu adalah satu-satunya momen yang akan kekal menjadi kenangan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil menyokong kenyataan aktres itu selain menganggap tindakan netizen yang mempertikai tindakannya menyunting foto itu hanya kerana cemburu dengan kehidupannya yang sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN