MUAR: Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di kawasan belakang asrama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan itu ditahan ketika menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) pada pukul 10.23 pagi. “Mereka ditahan apabila pasukan rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Panchor mengesan pergerakan mencurigakan sebelum bertindak…