MELAKA: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka menolak politik kebencian yang didakwa dimainkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta menggesa DAP memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu. Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan berkata, isu Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan modal politik murahan kerana ia hanya menyemai kebencian dalam masyarakat. “Kesilapan kecil rakyat tidak boleh dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan mereka daripada mengibarkan…