PETALING JAYA: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Kerajaan Negeri Johor campur tangan mengarahkan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) menarik balik arahan penutupan selama 30 hari terhadap sebuah premis pergigian swasta yang didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik. Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY menyifatkan tindakan menutup klinik tersebut sebagai keterlaluan dan tidak sepadan dengan kesalahan dilakukan. Katanya, keputusan MPPn itu bukan sahaja melampaui kuasa, malah boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap tatakelola pihak…