PETALING JAYA: Dewan Pemuda Pas mahu memastikan dana tambahan RM100 juta kepada Palestin perlu diuruskan dengan ketelusan, kecekapan dan memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan. Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keutamaan masa sekarang adalah memastikan bantuan yang disalurkan segera agar ia dapat memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat Palestin serta menguatkan semangat mereka untuk terus bertahan. “Dana yang diumumkan itu adalah hasil amanah rakyat…