Cakna undang-undang hak cipta dan royalti, elak pertikaian- Hael Hussaini - Utusan Malaysia

Cakna undang-undang hak cipta dan royalti, elak pertikaian- Hael Hussaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Hussaini menegaskan pencipta lagu, baharu atau lama, harus cakna tentang undang-undang berkenaan hak cipta.

Katanya, kesedaran mengenai perkara itu penting bagi mengelakkan pertikaian dan salah faham berkaitan kutipan royalti.

“Kita bukan sahaja memiliki akta, peraturan dan undang-undang mengenai hak cipta, malah agensi yang menguruskannya.

“Jadi sebagai pencipta lagu, saya kena tahu, faham dan tidak keliru tentangnya.

“Ini untuk mengelakkan pertikaian, rasa tidak puas hati dan cakap-cakap belakang mengenai royalti,” katanya yang mengulas isu pertikaian hak cipta dan bayaran royalti yang sering berlaku dalam dunia muzik tanah air.

Dalam masa yang sama, pencipta lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera ini juga menekankan soal pemantauan penerimaan royalti.

“Proses penghasilan lagu tidak hanya melibatkan komposer, malah beberapa individu lain.

“Jadi sebagai pencipta lagu kami perlu melakukan pemantauan royalti dari semasa ke semasa agar bayaran yang diterima adil dan sama rata,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN