KUALA LUMPUR: Cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia masih di peringkat pertimbangan awal dan belum dimuktamadkan sekali gus tidak menjejaskan tuntutan maritim serta kepentingan Sabah Timur. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu hanya sebahagian daripada usaha awal kedua-dua pemimpin negara untuk meneroka penyelesaian terbaik dalam isu persempadanan maritim yang saling menguntungkan. “Maka, tiada isu berhubung kebarangkalian cadangan ini menjejaskan kepentingan negara kerana ia…










