Broker tanah direman SPRM kemuka dokumen palsu

Broker tanah direman SPRM kemuka dokumen palsu

SEORANG broker tanah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi direman untuk membantu siasatan selepas disyaki menggunakan geran mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah kira-kira RM3.8 juta.-GAMBAR/IHSAN SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang broker tanah di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menggunakan geran mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah kira-kira RM3.8 juta.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan telah dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti terhadap suspek lelaki berusia 40-an itu selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki telah menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban atas nama seorang individu lain.

Ia bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.8 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×