NARATHIWAT: Tiga anggota Pasukan Pertahanan Sukarelawan (OSor) cedera dalam serangan terbaharu bom kereta yang menyasarkan pusat pemeriksaan di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai di sini, malam tadi. Dalam kejadian pukul 8 malam itu, tiga anggota yang cedera ialah Leftenan Kolonel Abdulmanas Nimu, 44; Mamasabri Mingyina, 40, dan Suhairi Jeh Sae, 38. Jurucakap polis wilayah Narathiwat berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Toyota Yaris yang menggunakan nombor pendaftaran Nakhon…