Bergadai nyawa besarkan awak - Ibu kecewa terima perintah injunksi Anna Jobling? - Utusan Malaysia

Bergadai nyawa besarkan awak – Ibu kecewa terima perintah injunksi Anna Jobling?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendedahkan telah menerima perintah injunksi yang difailkan anaknya sendiri.

Jelas Ariz, dia terkilan apabila Anna atau  Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, sanggup berbuat demikian setelah dia melalui onak duri sepanjang membesarkannya. 

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.

“Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri dan bergadai nyawa nak besarkan awak.

“Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. Allah SWT ada, Allah Maha Adil,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam perkongsian yang lain, Ariz turut berkongsi tangannya yang bengkak kerana berusaha keluar daripada kereta yang didakwa dikunci. 

“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, dikunci dalam kereta, saya terkena serangan panik.

“Allah ada, Allah tak tidur,” ujarnya lagi.

Hasil semakan di laman Instagram pelakon Setia Itu Mahal itu pula tidak menunjukkan sebarang hantaran atau respons balas mengenai perkongsian ibunya namun Anna sudah tidak lagi mengikuti Ariz itu di media sosial. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN