KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri, G. Manimaran, 65, dan N. Srirangam, 61, membuktikan semangat toleransi dan hormat-menghormati mampu menjadi resipi keharmonian apabila mereka hidup aman bersama jiran berbilang kaum sejak lebih empat dekad lalu di Taman Perumahan KP Perdana, Kubang Parit, di sini. Walaupun berbangsa India dan tinggal di kawasan yang majoritinya Melayu serta Cina, pasangan itu tidak pernah berasa terpinggir malah hubungan kejiranan yang terjalin semakin akrab sehingga dianggap…










