PETALING JAYA: Dakwaan bahawa ketiadaan bedah siasat ke atas jasad Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, disebabkan keengganan ibunya adalah tidak tepat, tegas Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar. Beliau menjelaskan, pelaksanaan bedah siasat tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan keputusan pihak berkuasa, tanpa mengambil kira persetujuan waris. Menurutnya, Seksyen 329 dan 330 Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa kepada Majistret atau polis untuk mengarahkan bedah siasat walaupun waris tidak…










