KLANG: Kenderaan milik penghuni Pangsapuri Taman Seri Andalas dikompaun Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sehingga mencecah RM54,000 kerana didakwa menghalang lalu lintas dan meletakkan kenderaan berganda di kawasan tersebut. Pengarah Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk lain di kawasan berhampiran berhubung sikap penghuni pangsapuri tersebut. Namun, katanya, pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun terkumpul hingga berjumlah RM30,000 hingga RM54,000 boleh membuat rayuan kepada MBDK. “Kalau merasakan jumlah…