Bakal doktor parah akibat terjatuh bangunan selepas alami bisikan misteri

Bakal doktor parah akibat terjatuh bangunan selepas alami bisikan misteri

MANGSA berusia 24 tahun yang mengalami masalah mental cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Seorang pelajar perubatan berusia 24 tahun yang mengalami masalah mental cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.42 malam itu, mangsa yang juga pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta itu dikatakan secara tiba-tiba keluar dari bilik air dalam keadaan bogel sebelum terjatuh di beranda luar tingkat lima.

Ekoran kejadian, mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka menaiki ambulans dan masih menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat hentakan ketika jatuh selain pendarahan di kaki dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

“Hasil siasatan mendapati mangsa pernah terjatuh sebelum ini di lokasi berbeza dua tahun lalu.

“Mangsa dipercayai mengalami masalah mental dan pernah terjatuh dari bangunan dua tahun lalu, kali ini, dia terjatuh dari tingkat tujuh ke aras lima,” katanya kepada pemberita hari ini.

Christopher berkata, mangsa kini dirawat di zon merah Hospital Melaka dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah atau buli dikesan dalam kejadian ini.

“Mangsa yang berasal dari Shah Alam, Selangor juga sering berhalusinasi dan mendengar bisikan sebelum bertindak luar kawalan.

“Tiga rakan serumah turut memaklumkan mangsa seorang yang baik, tidak pernah menimbulkan masalah serta suka membantu kawan-kawan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN