ATM beri kerjasama penuh, serah kepada SPRM siasat

ATM beri kerjasama penuh, serah kepada SPRM siasat

MOHD NIZAM JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan akan bekerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penahanan anggota perisikan tentera berkaitan kes penyeludupan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, pihaknya sedia berkongsi maklumat sensitif yang diperlukan bagi membantu SPRM menjalankan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya cuma mahu rakyat di luar sana supaya tidak memberi apa-apa spekulasi mengenai kes berkenaaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan beri masa kepada SPRM untuk menyiasat. Memang tidak adil ketika ini untuk mana-mana pihak menyuarakan pendapat yang kadang-kadang agak songsang.

“Betul ia (isu penahanan anggota) mencerminkan sesuatu yang tidak elok bagi organisasi namun,
meletakkan pertahanan negara adalah tanggungjawab utama kami.

“Kita telah dapat mengesan bahawa adanya kelompongan yang perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemasyhuran ‘Hall of Fame’ kepada personaliti pertama Maktab Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional Putrajaya di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya tidak akan mengganggu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya ke atas kewibawaan SPRM.

Ditanya sama ada ATM berhasrat untuk melaksanakan pusingan kerja di peringkat perkhidmatan, Mohd. Nizam berkata, beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Pengarah Perisikan Tentera.

“Ini juga memberi ruang untuk kita lihat kenapa kelompongan ini berlaku dan apakah kelompongan ini benar-benar berlaku atau hanya spekulasi,” katanya.

Media semalam melaporkan, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 30 hingga 55 tahun ditahan di Lembah Klang sejak Rabu bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan di selatan tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN