‘Apa pun yang berlaku Allah Maha Mengetahui, Mendengar’ - Utusan Malaysia

‘Apa pun yang berlaku Allah Maha Mengetahui, Mendengar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Fazura dilihat gagal menahan sebak ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.

Menurut Fazura, fokusnya kini ingin memastikan emosi dan mental puteri tunggalnya itu sentiasa dalam keadaan yang baik sepanjang berada dalam jagaannya.

“Tidak mengapa, Allah sentiasa bersama kita. Apa pun yang berlaku, Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Saya serahkan segalanya pada-Nya.

“Bila saya tengok Fatima terutamanya masa dia tidur, rasa sayu sangat. Fokus saya cuma satu iaitu menjaga Fatima sebaik mungkin, dari segi mental dan emosinya.

“Saya mahu dia sentiasa bahagia, gembira dan tenang. Jauh daripada perkara yang boleh mengganggunya,” katanya menerusi sebuah siaran langsung di Instagram.

Dalam masa sama, aktres drama bersiri Lelaki Itu itu juga berharap agar Fatima sentiasa dilindungi dari segala bahaya dan perkara yang tidak baik.

“Fatima sentiasa menjadi permata hati saya. Doakan dia, semoga Allah sentiasa menjaganya. Ramai yang selalu mendoakan dia, terima kasih banyak.

“Doakan semoga Fatima sentiasa dilindungi Allah SWT, dilindungi daripada merbahaya, orang yang berniat jahat.

“Allah Maha Mengetahui. Sebenarnya saya percaya doa saya sentiasa mengiringi dia, begitu juga nenek, keluarga saya, kawan-kawan saya,” luahnya.

Sebelum ini, tular sebuah video Fatima mengadu kononnya ‘nenda’ yang didakwa merupakan ibu bekas suaminya, Fattah Amin mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.

Terkejut mendengar luahan itu, Fazura menafikan tuduhan tersebut dan percaya bekas ibu mentuanya tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Tidak mahu isu berpanjangan, adik Fattah, Raihan Amin, turut mempertahankan ibu mereka, Azizah Abd Ghani, daripada dakwaan tersebut menerusi ruangan komen di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN