PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini. Di utara tanah air, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim). Di pantai timur, ribut petir dijangka melanda…