LAHAD DATU: Kegiatan pelacuran melalui platform media sosial yang aktif di kawasan ini tumpas selepas polis menahan lima individu dalam Op Noda di sebuah hotel di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada pukul 9.30 malam. Katanya, suspek yang ditahan semuanya berusia 18 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.…