AKPS halang kemasukan 17,658 warga asing, rampas barangan seludup bernilai RM1.9 juta

AKPS halang kemasukan 17,658 warga asing, rampas barangan seludup bernilai RM1.9 juta

SAIFUDDIN Nasution Ismail menrima pakaian seragam AKPS di KLIA Terminal 1. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah menghalang kemasukan seramai 17,658 warga asing serta merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.9 juta di pintu masuk negara setakat Julai tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, majoriti pelawat yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) melibatkan 13,790 individu yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kewujudan pusat sehenti dan aktiviti pemeriksaan barangan secara bersepadu di bawah agensi ini juga memudahkan urusan pemain industri, khususnya semasa proses ikrar barang dan ini akan mengurangkan tempoh masa pelepasan satu-satu barangan di pintu masuk.

“AKPS komited untuk menyokong pergerakan pelawat dan perdagangan di pintu masuk secara teratur, tanpa kompromi dari segi aspek keselamatan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif Benteng Persada: Di Sempadan Kita Bersatu, di Persada Kita Bermaruah oleh AKPS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.

Inisiatif tersebut bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa, serta menterjemahkan komitmen kerajaan untuk terus menjamin keselamatan di setiap pintu masuk negara.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan bahawa kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memuktamadkan skim perkhidmatan baharu AKPS.

“Ketika ini AKPS mempunyai 5,180 perjawatan. Skim ini akan memperkukuh aspek operasi dan pentadbiran sebagai agensi tunggal sempadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN