KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam keselamatan siber bersifat dua hala iaitu berperanan memperkukuh pertahanan digital, namun pada masa sama terdedah kepada risiko ancaman teknologi baharu. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, AI membantu mengenal pasti ancaman dengan pantas, menganalisis pola rumit serta memberi amaran awal sebelum insiden berlaku. Katanya, bagaimanapun, teknologi sama juga boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab. “AI mampu meningkatkan tahap keselamatan siber,…