KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa kerajaan negeri tidak dibenarkan menyertai program RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Kuala Terengganu, hujung minggu ini. Beliau berkata, keputusan itu sangat mengecewakan kerana kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh penganjuran program berkenaan yang menghimpunkan puluhan ribu peminat motosikal itu dari seluruh negara. “Apa boleh buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya…