Ahmad Nazri jadi wira, Kelantan WTS raih kemenangan - Utusan Malaysia

Ahmad Nazri jadi wira, Kelantan WTS raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jaringan tunggal Ahmad Nazri Muhammad pada minit ke-75 membolehkan Kelantan WTS melakar kemenangan sulung selepas menewaskan Malaysian Universiti 1-0 pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, pelawat dilihat lebih banyak mengasak ke kubu Kelantan WTS dan hampir membuka jaringan pada mini ke-34 namun gagal disudahkan Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azwan.

Malaysia Universiti terus ‘bernafsu’ apabila mencipta dua peluang terbaik masing-masing pada minit ke-36 dan 3ke-7 namun dinafikan oleh ketangkasan penjaga gawang Kelantan WTS, Muhammad Syazwan Yusoff.

Tersentak dengan serangan bertali arus pelawat, peluang Kelantan WTS memecah kebuntuan jaringan hadir pada minit ke-42 namun rembatan kapten pasukan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Bersambung babak kedua, tuan rumah membuat rombakan apabila memasukkkan Nor Shahmi Idlan Talaha dan hampir mencetak gol pertama Kelantan WTS namun penjaga gol pelawat, Muhammad Ashraf Mohamad Fadhil tangkas menyelamatkan rembatan pemain berkenaan.

Nor Shahmi Idlan terus menjadi duri dalam daging buat Malaysia Universiti apabila melepaskan rembatan kencang pada minit ke-59 sehingga memaksa Muhammad Ashraf melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan sehingga mengalami kecederaan.

Stadium Sultan Muhammad IV akhirnya bergema dengan sorakan penyokong Kelantan WTS selepas tonggak pertahanan, Ahmad Nazri Muhammad menanduk masuk bola sepakan sudut Khairul Asyraf Ramli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN