Agihan tempahan e-hailing ikut bahasa, langgar undang-undang

Agihan tempahan e-hailing ikut bahasa, langgar undang-undang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan yang agihan tempahan secara diskriminasi termasuk berdasarkan bahasa adalah tidak boleh diterima kerana mencabuli prinsip keadilan dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Menurut APAD, tindakan itu bertentangan dengan syarat pelesenan di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) – Syarat Khas Bahagian III (Operasi) bagi kenderaan e-hailing.

“Pemegang lesen wajib memastikan sistem agihan tempahan adalah adil dan saksama tanpa sebarang bentuk diskriminasi terhadap pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Agensi itu turut memaklumkan, pelanggaran syarat tersebut merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 12A(9) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

Jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

APAD memberi jaminan akan terus memantau sistem agihan tempahan yang dilaksanakan oleh semua pengendali e-hailing bagi memastikan tiada unsur pilih kasih yang boleh menjejaskan kebajikan pemandu.

Sebelum ini media melaporkan, tular dakwaan daripada beberapa pihak termasuk komuniti pemandu e-hailing sendiri yang mendakwa wujud unsur pilih kasih dalam sistem agihan tempahan, dipercayai berasaskan bahasa yang digunakan oleh pemandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN