Acha Septriasa sah bercerai lepas setahun tidak sebumbung

Acha Septriasa sah bercerai lepas setahun tidak sebumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon dan penyanyi, Acha Septriasa sah bercerai dengan suami, Vicky Kharisma, Mei lalu.

Keputusan itu dijatuhkan hakim Mahkamah Agama Jakarta Pusat yang meluluskan permohonan Acha secara verstek (sepihak) memandangkan suaminya tidak hadir ke mahkamah walau sudah dipanggil secara rasmi.

“Menjatuhkan talak satu ba’in shughra Tergugat (Vicky Kharisma Muriza H.Afrizal Muis) terhadap Penggugat (Jelita Septriasa IR Sagitta Ahimsha),” tulis hakim dalam salinan keputusan yang tertera di Direktori Putusan Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Difahamkan, Acha dan Vicky Kharisma sering bertengkar sejak 2021 dan malah suaminya pernah melafazkan cerai sebanyak lima kali.

Sebelum Acha memfailkan cerai, mereka berdua sudah setahun tidak tinggal sebumbung.

Terdahulu, Acha dan Vicky Kharisma berkahwin pada 1 Disember 2016 dan dikurniakan seorang puteri, Bridgia Kalina Kharisma, 7. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN