60 peratus daripada 500 syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal audit JISA

60 peratus daripada 500 syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal audit JISA

AEDY Fadly Ramli ketika merasmikan pembayaran tanpa tunai melalui kaedah e-dompet di JPJ Galeria, Putrajaya, - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 60 peratus daripada 500 syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang diaudit dalam Op Khas Garis Panduan Sistem Audit Keselamatan (JISA) gagal dalam audit berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, dapatan itu diperoleh menerusi fasa pertama JISA bermula 23 Jun hingga 31 Julai lalu antaranya syarikat berkenaan tidak memasang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pada kenderaan.

“Keputusan berkaitan dengan audit tersebut agak mendukacitakan. Ini adalah fasa pertama audit JISA, kita akan laksanakan (lagi) kerana syarikat-syarikat kenderaan perdagangan ini ada banyak iaitu kira-kira 300,000,” katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di Kaunter JPJ di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya akan merangka pendekatan tertentu bagi mengaudit syarikat kenderaan perdagangan yang masih belum diaudit.

“Mungkin melalui pendigitalan ataupun sistem yang mana kita ingin lihat konsep lain yang lebih sesuai,” katanya.

Mengenai syarikat yang gagal audit JISA, Aedy berkata, pihaknya akan memberi tempoh sebulan kepada syarikat berkenaan untuk melaksana penambahbaikan sebelum tindakan lain termasuk pembatalan permit dilaksana.

Katanya, senarai syarikat yang berterusan gagal dalam audit JISA akan dihantar kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN