PETALING JAYA: Seramai lima individu akan didakwa terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini. Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, kesemua individu melibatkan mereka berusia bawah 18 tahun. “Pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini. Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya ketika dihubungi…