45 tan beras bernilai RM267,000 dirampas - Utusan Malaysia

45 tan beras bernilai RM267,000 dirampas

BERAS yang dirampas menerusi Op Pintas 2.0 di JRTB Gerik-Jeli di Gerik hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Perak menggagalkan cubaan menyeludup beras apabila merampas 45,000 kilogram (kg) beras menerusi Op Pintas 2.0 di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi.

Pengarahnya, Nurul Zhahirah Nahrawi berkata, rampasan tersebut dibuat susulan pemeriksaan bersama Unit E5 Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas sebuah treler berhampiran sebuah stesen minyak pada pukul 1.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati pemandu lori terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen sah bagi muatan beras yang dibawa.

“Mengesyaki terdapat pelanggaran pada Akta Kawalan Padi Beras [Akta 522], penguat kuasa KPB bertindak membuat sitaan ke atas treler itu dengan muatan beras yang dianggarkan 45,000 kg atau 45 tan metrik.

“Nilai sitaan bagi rampasan itu dianggarkan berjumlah RM267,000. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau dua tahun penjara,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, KPB Perak akan mempergiatkan operasi dan pemantauan berterusan dengan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar Akta Kawalan Padi dan Beras dan peraturan di bawahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN