PETALING JAYA: Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka mengambil bahagian dalam Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2025 anjuran Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang bakal berlangsung pada 15 November ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Acara edisi kedua bertemakan ‘Berlari Sambil Menyumbang’ itu bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi juga sebuah inisiatif kebajikan untuk mengumpul dana bagi membantu kira-kira 1,000 anak yatim yang kehilangan ibu, bapa akibat pandemik Covid-19. Antara kategori…