19 murid dibawa ke hospital akibat tumpahan merkuri - Utusan Malaysia

19 murid dibawa ke hospital akibat tumpahan merkuri

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan serta pembersihan kesan tumpahan merkuri di makmal sebuah sekolah rendah di Ajil, Hulu Terengganu. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 19  murid dari sebuah sekolah rendah di Ajil, di sini hari ini terpaksa dibawa ke klinik kesihatan dan hospital ekoran kejadian tumpahan mercuri akibat termometer pecah di dalam makmal.

Menurut sumber,  kejadian berlaku kira-kira pukul 12. 30 tengah hari ketika murid sekolah tersebut mengikuti kelas Sains dan menjalankan latihan amali.

“Murid terlibat dibawa ke Klinik Kesihatan Ajil  dan Hospital Hulu Terengganu menaiki beberapa buah kereta daripada sekolah dan ada dalam kalangan murid terlibat turut pengsan akibat kejadian tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Kairul Anwar Bidin

berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12.44 tengah hari.

“Seramai lima anggota ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan. Pasukanbomba kemudian menjalankan proses menyahcemar dan operasi tamat pukul 1.30 petang,” ujarnya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN